Tuesday, April 14, 2015

Janjang Aritmetik - Pencetus Minda

Cetus Minda - Lembah Harau Yang Cantik







Lembah Harau adalah satu tanah pelancongan yang terkenal di Padang, Sumatera yang terdiri daripada menjadi dua tempat kunjungan utama, yaitu Sarasah Bunta dan Aka Barayun. Terdapat 5 buah air terjun di Lembah Harau. Topografi Alam Lembah Harau adalah berbukit-bukit dan bergelombang. Bukit tersebut antara lain adalah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak, dan Bukit Tarantang.



Berjalan menuju Lembah Harau amat memukau pandangan mata. Dengan udara yang masih segar, kita dapat melihat keindahan alam sekitarnya. Tebing-tebing granit yang menjulang tinggi dengan bentuknya yang unik mengelilingi lembah. Tebing-tebing granit yang terjal ini mempunyai ketinggian 80 m hingga 300 m.



Saat memasuki kawasan Lembah Harau, kita akan melihat banyak keindahan yang menakjubkan sehingga ia mendapat gelaran Yosemite Indonesia, merujuk kepada Yosemite yang terletak di Amerika Syarikat. Sebuah monumen peninggalan Belanda yang terletak di kaki air terjun Sarasah Bunta merupakan bukti bahwa Lembah Harau sudah sering dikunjungi orang sejak tahun 1926.



Selain makanan halal yang lazat yang terdaoat di sepanjang jalan menuju lembah Harau, terdapat juga hamparan sawah yang diapit oleh tebing tebing tegak lurus menjulang setinggi sekitar 150 meter hingga 200 meter yang pasti akan mengkagumkan pandangan mata.



Keindahan Lembah Harau juga terletak di dataran tingginya yang dilindungi. Terdapat berbagai spesies tanaman hutan hujan tropika dataran tinggi, juga haiwan asli Sumatera, seperti monyet ekor panjang yang sering terlihat di kawasan Lembah Harau. Kawasan yang seluas 270,5 hektar pasti akan memukau mata. 



Anda telah mengikuti lawatan ke Lembah Harau.  Anda menjatuhkan duit syiling 50 sen dari tepi tebing yang mempunyai ketinggian 174 meter. Dalam masa sesaat, didapati duit itu jatuh 4 m. Pada saat kedua, ia jatuh dengan jarak 14 m. Pada saat ketiga, ia jatuh dengan jarak 24 m. Pada saat ke berapakah duit syiling itu akan mencecah tanah?


Rujukan:  https://www.bersosial.com/threads/lembah-harau-menakjubkan-di-tanah-minang.20892/

Cetus Minda - dan Kepentingannya


Anatomi Lutut dan Fungsi

Lutut adalah sendi terbesar di dalam tubuh, dan salah satu yang paling mudah tercedera. Ianya terdiri daripada hujung bawah tulang paha (femur), dimana bergerak di atas tulang kering (tibia), dan tempurung lutut (patella), yang meluncur dalam alur pada hujung tulang paha. Lutut juga mengandungi ligamen yang besar, yang membantu mengawal pergerakan dengan menghubungkan tulang dan mendakap daripada pergerakan tidak normal. Satu lagi struktur penting ialah meniskus, adalah penganjal rawan yang lembut di antara femur dan tibia yang berfungsi sebagai kusyen kepada lutut dan membantu menyerap hentakkan semasa bergerak.  Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.



Kecederaan Lutut yang Biasa

Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.
                                     
  • Kecederaan ACL 
  • Lari dengan bertukar arah tiba-tiba, memperlahankan diri semasa berlari, dan mendarat dari lompatan boleh mengakibatkan ACL terkoyak. Atlet yang menyertai dalam ski dan bola jaring, dan atlet yang memakai kasut berpaku, seperti pemain bola sepak, adalah mudah terdedah kepada kecederaan ACL. Kecederaan ACL boleh dirawat secara artroskopik dan pesakit akan dapat kembali ke sukan dalam 9 hingga 1 tahun.

                        



  • Kecederaan MCL 
  • Kecederaan MCL ialah biasanya disebabkan oleh pukulan terus ke bahagian luar lutut. Jenis kecederaan ini selalu berlaku pada sukan lasak, seperti ragbi atau bolasepak. MCL terkoyak selalunya dirawat secara konservatif dan ianya sembuh dengan cepat.



  • Rawan Terkoyak / Meniskus Terkoyak 
  • Apabila orang bercakap tentang rawan lutut terkoyak, biasanya ia merujuk kepada meniskus terkoyak. Meniskus adalah kuat, rawan bergetah yang melekat pada ligamen lutut. Meniskus bertindak sebagai penyerap hentak. Meniskus terkoyak yang dibiarkan tanpa dirawat akan menyebabkan hakisan dan kerosakan pada rawan artikular. Rawatan untuk kecederaan meniskus adalah pembedahan artroskopi.




Seorang pelari juga tidak terkecuali dari mengalami kecederaan lutut. Anda adalah seorang pelari peringkat kebangsaan.  Selepas pembedahan lutut, jurulatih anda memberitahu anda untuk kembali ke program "jogging" anda secara perlahan-lahan. Beliau mencadangkan program "jogging" selama 12 minit setiap hari untuk minggu pertama. Setiap minggu selepas itu, beliau mencadangkan bahawa anda meningkatkan masa itu sebanyak 6 minit setiap hari. Berapakah jumlah hari yang perlu diambil untuk mencapai masa "jogging" selama 60 minit?

Rujukan: https://www.hsc.com.my/bm/ort_knee.php

Bayaran ansuran peralatan rumah tidak kena GST 

06 Jan 2015


KUALA LUMPUR: Bayaran ansuran bulanan pembelian barangan dan peralatan rumah yang dibeli pengguna mengikut sistem pembayaran kredit tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.
Mengikut Panduan Sewa Beli dan Jualan Kredit yang dikeluarkan jabatan itu, hanya jumlah utama dan bukannya komponen faedah yang tertakluk kepada kadar enam peratus GST.  Buku panduan itu menyebut: “Liabiliti bagi GST ke atas pembekalan bercukai adalah pada permulaan kuatkuasa sewa beli (HP) atau perjanjian kredit jualan dan tidak secara berterusan sepanjang tempoh perjanjian. Tiada liabiliti GST bagi komponen bekalan kewangan sewa beli atau jualan kredit kerana ia adalah suatu pembekalan dikecualikan.”  “Ini secara amnya bermaksud bahawa jika komponen kredit atau kepentingan yang ditunjukkan secara berasingan dan didedahkan kepada penerima, ia tidak tertakluk kepada GST, sebaliknya jumlah pokok ada (dikenakan GST),” kata Subromaniam.
Pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, akhir-akhir ini menyuarakan rasa bimbang bahawa mereka mungkin perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi untuk pembelian perabot dan peralatan rumah yang dibeli di bawah skim bayaran mudah atau sistem pembayaran kredit ansuran berikutan pelaksanaan GST pada bulan April. 
Subromaniam berkata GST sebanyak enam peratus akan dikutip terlebih dahulu, iaitu ketika pelanggan membayar deposit atau bayaran pertama bagi barangan yang dibeli.  Kebimbangan rakyat daripada bayaran bulanan yang lebih tinggi adalah tidak tepat sebaliknya, mereka mungkin mendapati bayaran yang dikenakan berkurangan selepas GST diperkenalkan.  “Peniaga dan peruncit akan dapat menuntut cukai input mereka … jadi mereka perlu berkongsi penjimatan kos yang sudah mereka peroleh bersama pelanggan mereka dengan menjual barangan pada harga lebih murah,” katanya kepada Bernama.
Untuk menggambarkan hal itu, beliau berkata di bawah rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus yang dikenakan pada masa ini, pengeluar televisyen mungkin menetapkan harga produk di RM2,200 termasuk SST RM200.  Pengilang akan menjual set TV untuk peruncit pada RM2,200. Dengan mengandaikan keuntungan peruncit adalah RM200, maka harga akhir setiap set TV ialah RM2,400.  Sebaliknya, di bawah GST, harga pengeluar akan menjadi RM2,120, yang merangkumi enam peratus GST sebanyak RM120.  Akan tetapi disebabkan peruncit boleh membuat tuntutan balik GST, kos beliau masih RM2,000. Jadi, termasuk keuntungan sebanyak RM200 dan GST sebanyak RM132, yang pelanggan perlu membayar, harga akhir ialah RM2,332.  “Cuba bandingkan harga … di bawah SST, TV berharga RM2,400 dan di bawah GST, pada RM2,332. Jadi, yang mana lebih murah?” tegasnya.

Justeru itu, katanya tiada cara pengguna akan dikehendaki membayar ansuran lebih tinggi untuk barangan rumah yang dibeli melalui skim fleksibel kredit selepas pelaksanaan GST. Mengikut Panduan GST Jabatan Kastam Bagi Kredit Cukai Input, cukai input merujuk kepada GST yang ditanggung pemilik perniagaan atas apa-apa pembelian atau pemerolehan barangan dan perkhidmatan, dan mereka dibenarkan untuk “menuntut sebagai kredit atas pembelian yang menjadi input kepada perniagaan”.

Pengerusi Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CTIM) SM Thanneermalai berkata pengguna tidak perlu bimbang mengenai harga perabot dan peralatan elektrik akan meningkat selepas GST.
“Sama ada mereka membeli dengan tunai atau secara ansuran, GST perlu dibayar terlebih dahulu dan tidak ada cukai tambahan akan dikenakan ke atas bayaran bulanan,” katanya. – BERNAMA

Sarah ingin membeli sebuah peti ais baru secara sewa beli. Dia membuat bayaran deposit sebanyak RM300 dan bayaran selebihnya diselesaikan secara ansuran dalam tempoh 5 bulan. Pada bulan berikutnya, Sarah membayar sebanyak RM350. Untuk bulan yang seterusnya, Sarah membayar sebanyak RM400.  Dengan mengambil kira corak pembayaran Sarah, berapakah sebenarnya kos peti ais yang dibeli?





Cetus Minda - Rackham Auditorium


Rackham Auditoirum interior

Rackham Auditorium merupakan satu tapak yang penting di University of Michigan. Sejak 60 tahun pembukaannya, banyak kuliah penting, simposium akademik, dan kertas ilmiah dibentangkan di auditorium ini yang juga  menjadi pusat persembahan muzik bagi penduduk setempat.

Horace H. Rackham merupakan seorang peguam dari Detroit, Michigan. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1933, dia mewasiatkan dana untuk pembinaan Horace H. Rackham Graduate School yang menempatkan Auditorium Rackham, dengan tambahan USD 4 juta bagi pembangunan pengajian siswazah. Kemurahan hati Rackham dikagumi kerana beliau mahupun isterinya tidak pernah belajar di universiti ini.

Direka dengan gaya klasik oleh arkitek William Kapp dari firma Detroit Smith, Hinchman & Grylls, Bangunan Rackham dianggap sebagai salah satu bangunan bersejarah di kampus. Bahagian dalam Auditorium Rackham dihias mewah, dengan tempat duduk yang cantik dan selesa dengan siling dedaunan keemasan.

Rackham Auditorium seating chart

Anda merupakan seorang pengusaha yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kerusi bagi auditorium. Seorang pengurus auditorium telah menawarkan kepada anda untuk membuat kerusi baru bagi menukar kerusi sedia ada yang telah lusuh di suatu auditorium. Walaubagaimanapun, pengurus tersebut tidak memberitahu jumlah sebenar kerusi yang perlu dibuat. Dia hanya memberitahu bahawa baris pertama auditorium tersebut terdiri daripada 24 kerusi, baris kedua terdiri daripada 30 kerusi, baris ketiga terdiri daripada 36 kerusi dan begitulah seterusnya sehingga baris keenam belas. Dapatkah anda cari jumlah kerusi yang perlu dibuat?

Rujukan: http://www.music.umich.edu/about/facilities/central_campus/rackham/index.htm


Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan-persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.


Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda.

Arithmetic Progression - Contents

Arithmetic Progression / Janjang Aritmetik

A series of number where each term is gained by adding a constant called the common difference, d,  to the previous term

Suatu jujukan nombor dengan setiap sebutan diperolehi dengan menambahkan satu pemalar yang dinamakan sebagai beza sepunya, d, kepada sebutan sebelumnya

Example / Contoh:
        a)       2, 5, 8, ….
        b)       6, 3, 0, -3, -6, …..
        c)       x, x + 1, x + 2, ….

First term / sebutan pertama
       T1  or    a

First n term/ n sebutan pertama
a,  a + d, a+ 2d, …. , a + (n-1)d
T ,  T2  ,    T3      , …. ,      Tn

Common difference / Beza Sepunya
d  = T2 – T1
    = T3 – T2
       .
     .
    = Tn – Tn-1

n-th term /sebutan ke-n
       Tn = a + (n-1)d

Sum of the first n term / Hasil tambah n sebutan pertama









Find a specific term from the formula of sum of the first n terms
Mencari sebutan tertentu dari rumus hasil tambah n sebutan pertama



·         Tn = Sn – Sn-1

Example/ Contoh

     2, 5, 8, ….
     T1, T2, T3, ….

First Term / Sebutan Pertama,
a  = 2
           T1 = 2

Second Term / Sebutan Kedua,
T2 = 5

Third Term / Sebutan Ketiga,
T3 = 8

Common difference /  Beza Sepunya
            d = T-T1  = 5 – 2 = 3
                    @
            d = T- T= 8 - 5 = 3

         T10 = 2 + (10-1)(3)
               = 29

Sum of the first 10 terms / Hasil tambah 10 sebutan pertama 


       = 155

References

www.projectmaths.ie/documents/T&L/ArithmeticSequences.pdf

Arithmetic Progression - Exercises

Klik pada pautan-pautan berikut untuk membuat latihan-latihan berkaitan janjang aritmetik secara 'online':


Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Latihan 5

Video 1 

Video 2 


Anda juga boleh membuat banyak lagi latihan secara 'online' menggunakan Google Search dengan kata kunci 'arithmetic progression' atau 'arithmetic sequences'

SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, April 12, 2015

Arithmetic Progression - Project 1

Scroll Down to see the English part of the assignment

Pinjaman Pelajaran


Murad merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran. Kos pelajaran yang diperlukan ialah RM35000 untuk tempoh 3 tahun. Dia mempunyai dua pilihan untuk membuat pinjaman. Satu pinjaman PTPTN dan satu lagi pinjaman MARA. Kedua-dua pinjaman merupakan pinjaman tanpa faedah.

Syarat-syarat pinjaman PTPTN
·         Perlu dijelaskan setahun setelah tamat belajar
·         Bayaran bulanan untuk tahun yang pertama mestilah lebih dari RM300
·     Bayaran bulanan untuk tahun yang seterusnya bertambah sebanyak RM20 dari bayaran bulanan tahun sebelumnya


Syarat-syarat pinjaman MARA

·         Bayaran bulanan untuk tahun yang pertama mestilah sekurang-kurangnya RM150
·         Bayaran bulanan untuk tahun yang seterusnya bertambah sebanyak RM50 dari bayaran bulanan tahun sebelumnya

Bahagian A

i)              Dengan mengambil kira syarat-syarat pinjaman yang dikenakan oleh PTPTN dan MARA, cadangkan bentuk bayaran yang boleh diambil oleh Murad untuk kedua-dua jenis bayaran. Seterusnya, nyatakan bentuk bayaran untuk pinjaman PTPTN dan juga bentuk bayaran untuk pinjaman MARA dalam bentuk janjang aritmetik (arithmetic progression).

·         Senaraikan semua bayaran bulanan Murad sehingga keseluruhan pinjaman dijelaskan untuk bayaran pinjaman PTPTN
·         Senaraikan semua bayaran bulanan Murad sehingga keseluruhan pinjaman dijelaskan untuk bayaran pinjaman MARA
·         Nyatakan bayaran balik kedua-dua bentuk pinjaman itu dalam bentuk janjang aritmetik dengan menyatakan nilai a dan nilai d

ii)             Pilihan manakah yang patut Murad pilih?Terangkan dengan jelas kenapa ianya sepatutnya menjadi piihan Murad.


Bahagian B

Ibu Murad menasihatkan Murad untuk menyelesaikan bayaran pinjamannya dalam jangkamasa tepat 3 tahun, tidak kira samada Murad meminjam dengan PTPTN atau dengan MARA. Bagaimanakah seharusnya Murad menyelesaikan ansuran pertama dan ansuran bulanan tahunan berikutnya?

i)              Nyatakan cadangan bagi Murad menyelesaikan ansuran pertama dan pertambahan bayaran bagi ansuran bulanan bagi tahun berikutnya.

ii)             Senaraikan ansuran bulanan Murad yang pertama dan ansuran bulanan yang seterusnya untuk tempoh 3 tahun tersebut (Senaraikan KESEMUA ansuran bulanan bagi tempoh 3 tahun tersebut)

iii)            Nyatakan ansuran Murad dalam bentuk Tn = a + (n-1)d


Bahagian C

Institusi pemberi pinjaman selalu menghadapi masalah dalam menerima kembali pembayaran pinjaman. Anda merupakan seorang pegawai di MARA yang bertugas di bahagian pinjaman.  Berikan cadangan anda tentang syarat pinjaman bayaran balik yang lebih sesuai dan mampu dibayar balik oleh semua peminjam. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, bayaran balik peminjam itu juga perlu boleh menampung dana pinjaman supaya lebih ramai pelajar yang berkelayakan dapat sentiasa dibantu. Terangkan dengan jelas mengapa cadangan itu yang paling ideal.


Education Loan

Murad is a SPM school leaver who wish to further his education. The education cost needed is RM35000 for a period of 3 years. He has two choices to apply the loan, either  from  PTPTN or from MARA. Both loans are interest-free loan.

Payment terms for PTPTN
• Payment should start the year after graduation
• The monthly fee for the first year must be more than RM300
• Monthly payments for the next year should be increased by RM20 from the previous year's monthly payment

Payment terms for MARA
• The monthly fee for the first year must be at least RM150
• Monthly payments for the next year should be increased by RM50 from the previous year's monthly payment


Part A

i)                    With regard to the conditions imposed by PTPTN and MARA, suggest a form of payment that can be taken by Murad for both types of loan payments. Next, specify the form of loan payment for PTPTN and the form of loan payment for MARA loan in the form of arithmetic progressions.

·         List all of Murad’s monthly payments until the full settlement of PTPTN loan
·         List all of Murad’s monthly payments until the full settlement of MARA loan
·         State the loan payments in the form of arithmetic progression, by stating the value of a and of d

ii)                   Which option should Murad select? Explain clearly why it should be Murad’s choice.


Part B

Murad’s mother advised him to settle the loan within three years, regardless of whether Murad borrow with PTPTN or with MARA. How should Murad pay for his first installment and also the subsequent annual installments?

i) State Murad proposals for solving the first installment for installment payments and the yearly increment in the months of the following year.

ii) List Murad’s first installment and monthly installments thereafter for a period of 3 years (List ALL monthly installments for a period of 3 years)

iii) State Murad installments in the form Tn = a + (n-1) d


Part C


Loan institutions have always faced problems in receiving the loan repayment. You are an officer in MARA who worked in the finance section. Give your suggestions on loan repayment terms that are more suitable and affordable to the loan borrowers. However, in the meantime, the repayment of the borrowing should also take into account that the loan fund should always be replenished that qualified students can always be accommodated.  Justify  why the your proposal is the most ideal one. 

Saturday, April 11, 2015

Arithmetic Progression - Project 2

Kereta Idaman

Aishah telah ditawarkan jawatan sebagai pengurus di syarikat A. Dia ditawarkan gaji RM 2500 sebulan bagi tahun pertama dan gaji bulanannya bertambah secara malar sebanyak RM200 bagi setiap tahun berikutnya. Aishah ingin membeli sebuah kereta bagi memudahkan urusan pekerjaannya. Setelah meninjau beberapa jenis kereta, Aishah memilih untuk membeli sebuah kereta terpakai dengan harga RM56000. Bayaran deposit yang perlu dibayar ialah sebanyak 10%.  Aishah mempunyai 2 pilihan pembiayaan bagi menyelesaikan baki bayaran kereta tersebut. Kedua-duanya pembiayaan tersebut berbentuk pinjaman tanpa faedah dengan syarat-syarat yang sedikit berbeza.

Pembiayaan pakej A
Bayaran bermula dari RM500/sebulan untuk setahun
Untuk setiap tahun berikutnya, bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM100/sebulan berbanding tahun sebelumnya

Pembiayaan pakej B
Bayaran bermula dari RM800/sebulan untuk setahun
Untuk setiap tahun berikutnya, bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50/sebulan berbanding tahun sebelumnya

        Bahagian A
a)     Dengan mengambil kira syarat-syarat pinjaman yang dikenakan bagi pakej A dan pakej B,

a.     Senaraikan semua bayaran bulanan Aishah sehingga keseluruhan pinjaman dijelaskan untuk bayaran pinjaman pakej A
b.     Senaraikan semua bayaran bulanan Aishah sehingga keseluruhan pinjaman dijelaskan untuk bayaran pinjaman pakej B
c.     Nyatakan bayaran balik kedua-dua bentuk pinjaman itu dalam bentuk janjang aritmetik dengan menyatakan nilai a dan nilai d

b)     Pilihan pembiayaan manakah yang patut Aishah pilih? Terangkan mengapa pembiayaan itu yang patut dipilih.

Bahagian B
Bapa Aishah menasihatkan Aishah untuk menyelesaikan bayaran pinjamannya dalam jangkamasa tepat 4 tahun. Bagaimanakah Aishah menyelesaikan ansuran bulanan bagi tahun pertama dan ansuran bulanan bagi tahun-tahun berikutnya?

c)     Nyatakan cadangan bagi Aishah menyelesaikan ansuran bulanan bagi tahun pertama dan pertambahan bayaran bagi ansuran bulanan bagi tahun-tahun berikutnya.

d)     Senaraikan ansuran bulanan Aishah bagi tahun pertama dan ansuran bulanan bagi tahun-tahun berikutnya untuk tempoh 4 tahun tersebut (Senaraikan semua ansuran bulanan bagi tempoh 4 tahun tersebut)

e)     Nyatakan ansuran Aishah dalam bentuk Tn = a + (n-1)d dengan menyatakan nilai a dan nilai d

Bahagian C

Anda merupakan seorang pegawai bank yang bertugas di bahagian pinjaman. Rangka dan senaraikan 5 pilihan pinjaman yang sesuai untuk pekerja yang mempunyai gaji bulanan di antara RM1500 dan RM2500.  Untuk setiap pilihan pinjaman itu, nyatakan bayaran bulanan pertama dan pertambahan bagi bayaran bulanan untuk tahun-tahun berikutnya.




My Dream Car

Aishah was offered a position as a manager in company A. She was offered a salary of RM 2500 per month for the first year and the monthly salary increases constantly by RM200 for each subsequent year. Aishah wants to buy a car to aid in getting to and fro from work. After reviewing several types of cars, Aishah choose to buy a used car at a price of RM56000. The deposit is charged at 10%. Aishah has two financing options to resolve the remaining car payments. Both finance is in the form of interest-free loans with slightly different conditions.


Financing package A
Monthly payment start from RM500 / month for the first year
For each subsequent year, the monthly payment shall be increased to RM100 / month compared to the previous year

Financing package B
Monthly payment start from RM800 / month for the first year
For each subsequent year, the monthly payment shall be increased to RM50 / month compared to the previous year

      Section A
a)     Taking into account the both package A and B financing terms and ,

a.     List down ALL Aishah’s monthly payments for package A until all the payments are settled.
b.     List down ALL Aishah’s monthly payments for package B until all the payments are settled.
c.     State the payments in the form of arithmetic progression in terms of a and d

b)     Which finance option should Aishah select? Justify why that option should be chosen.

Section B

Aishah’s father advise Aishah to settle his car financing in exactly 4 years. How should Aishah settle her first year monthly instalment and her subsequent year monthly instalments?

c)     State her proposed first year monthly instalment and the increment for subsequent year monthly instalments.

d)     List Aishah’s monthly instalment for the first year and her subsequent year monthly installments for the 4 year period. (List all the monthly instalments for the 4 year period)

e)     State Aishah’s instalment in the form of  Tn = a + (n-1)d  by stating the value of a and of d

Section C

You are a bank officer in charged in the credit section. Devise 5 types of financial loan that is suitable for a person with a monthly salary betwee RM1500 and RM2500. For each type of financial payment, state the first year monthly payment and the monthly increment for the following years.