Cetus Minda - Lembah Harau Yang Cantik

Lembah Harau adalah satu tanah pelancongan yang terkenal di Padang, Sumatera yang terdiri daripada menjadi dua tempat kunjungan utama, yaitu Sarasah Bunta dan Aka Barayun. Terdapat 5 buah air terjun di Lembah Harau. Topografi Alam Lembah Harau adalah berbukit-bukit dan bergelombang. Bukit tersebut antara lain adalah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak, dan Bukit Tarantang.
Berjalan menuju Lembah Harau amat memukau pandangan mata. Dengan udara yang masih segar, kita dapat melihat keindahan alam sekitarnya. Tebing-tebing granit yang menjulang tinggi dengan bentuknya yang unik mengelilingi lembah. Tebing-tebing granit yang terjal ini mempunyai ketinggian 80 m hingga 300 m.
Saat memasuki kawasan Lembah Harau, kita akan melihat banyak keindahan yang menakjubkan sehingga ia mendapat gelaran Yosemite Indonesia, merujuk kepada Yosemite yang terletak di Amerika Syarikat. Sebuah monumen peninggalan Belanda yang terletak di kaki air terjun Sarasah Bunta merupakan bukti bahwa Lembah Harau sudah sering dikunjungi orang sejak tahun 1926.
Selain makanan halal yang lazat yang terdaoat di sepanjang jalan menuju lembah Harau, terdapat juga hamparan sawah yang diapit oleh tebing tebing tegak lurus menjulang setinggi sekitar 150 meter hingga 200 meter yang pasti akan mengkagumkan pandangan mata.
Keindahan Lembah Harau juga terletak di dataran tingginya yang dilindungi. Terdapat berbagai spesies tanaman hutan hujan tropika dataran tinggi, juga haiwan asli Sumatera, seperti monyet ekor panjang yang sering terlihat di kawasan Lembah Harau. Kawasan yang seluas 270,5 hektar pasti akan memukau mata.
Anda telah mengikuti lawatan ke Lembah Harau. Anda menjatuhkan duit syiling 50 sen dari tepi tebing yang mempunyai ketinggian 174 meter. Dalam masa sesaat, didapati duit itu jatuh 4 m. Pada saat kedua, ia jatuh dengan jarak 14 m. Pada saat ketiga, ia jatuh dengan jarak 24 m. Pada saat ke berapakah duit syiling itu akan mencecah tanah?
Rujukan: https://www.bersosial.com/threads/lembah-harau-menakjubkan-di-tanah-minang.20892/
Cetus Minda - dan Kepentingannya
Anatomi Lutut dan Fungsi

Lutut adalah sendi terbesar di dalam tubuh, dan salah satu yang paling mudah tercedera. Ianya terdiri daripada hujung bawah tulang paha (femur), dimana bergerak di atas tulang kering (tibia), dan tempurung lutut (patella), yang meluncur dalam alur pada hujung tulang paha. Lutut juga mengandungi ligamen yang besar, yang membantu mengawal pergerakan dengan menghubungkan tulang dan mendakap daripada pergerakan tidak normal. Satu lagi struktur penting ialah meniskus, adalah penganjal rawan yang lembut di antara femur dan tibia yang berfungsi sebagai kusyen kepada lutut dan membantu menyerap hentakkan semasa bergerak. Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.
Kecederaan Lutut yang Biasa
Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.


- Kecederaan ACL
- Lari dengan bertukar arah tiba-tiba, memperlahankan diri semasa berlari, dan mendarat dari lompatan boleh mengakibatkan ACL terkoyak. Atlet yang menyertai dalam ski dan bola jaring, dan atlet yang memakai kasut berpaku, seperti pemain bola sepak, adalah mudah terdedah kepada kecederaan ACL. Kecederaan ACL boleh dirawat secara artroskopik dan pesakit akan dapat kembali ke sukan dalam 9 hingga 1 tahun.



- Kecederaan MCL
- Kecederaan MCL ialah biasanya disebabkan oleh pukulan terus ke bahagian luar lutut. Jenis kecederaan ini selalu berlaku pada sukan lasak, seperti ragbi atau bolasepak. MCL terkoyak selalunya dirawat secara konservatif dan ianya sembuh dengan cepat.
- Rawan Terkoyak / Meniskus Terkoyak
- Apabila orang bercakap tentang rawan lutut terkoyak, biasanya ia merujuk kepada meniskus terkoyak. Meniskus adalah kuat, rawan bergetah yang melekat pada ligamen lutut. Meniskus bertindak sebagai penyerap hentak. Meniskus terkoyak yang dibiarkan tanpa dirawat akan menyebabkan hakisan dan kerosakan pada rawan artikular. Rawatan untuk kecederaan meniskus adalah pembedahan artroskopi.
Seorang pelari juga tidak terkecuali dari mengalami kecederaan lutut. Anda adalah seorang pelari peringkat kebangsaan. Selepas pembedahan lutut, jurulatih anda memberitahu anda untuk kembali ke program "jogging" anda secara perlahan-lahan. Beliau mencadangkan program "jogging" selama 12 minit setiap hari untuk minggu pertama. Setiap minggu selepas itu, beliau mencadangkan bahawa anda meningkatkan masa itu sebanyak 6 minit setiap hari. Berapakah jumlah hari yang perlu diambil untuk mencapai masa "jogging" selama 60 minit?
Rujukan: https://www.hsc.com.my/bm/ort_knee.php
Bayaran ansuran peralatan rumah tidak kena GST
06 Jan 2015
KUALA LUMPUR:
Bayaran ansuran bulanan pembelian barangan dan peralatan rumah yang dibeli
pengguna mengikut sistem pembayaran kredit tidak tertakluk kepada Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk
Subromaniam Tholasy.
Mengikut Panduan
Sewa Beli dan Jualan Kredit yang dikeluarkan jabatan itu, hanya jumlah utama
dan bukannya komponen faedah yang tertakluk kepada kadar enam peratus GST. Buku panduan itu menyebut: “Liabiliti bagi
GST ke atas pembekalan bercukai adalah pada permulaan kuatkuasa sewa beli (HP)
atau perjanjian kredit jualan dan tidak secara berterusan sepanjang tempoh
perjanjian. Tiada liabiliti GST bagi komponen bekalan kewangan sewa beli atau
jualan kredit kerana ia adalah suatu pembekalan dikecualikan.” “Ini secara amnya bermaksud bahawa jika
komponen kredit atau kepentingan yang ditunjukkan secara berasingan dan
didedahkan kepada penerima, ia tidak tertakluk kepada GST, sebaliknya jumlah
pokok ada (dikenakan GST),” kata Subromaniam.
Pengguna terutamanya
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, akhir-akhir ini menyuarakan
rasa bimbang bahawa mereka mungkin perlu membayar ansuran bulanan yang lebih
tinggi untuk pembelian perabot dan peralatan rumah yang dibeli di bawah skim
bayaran mudah atau sistem pembayaran kredit ansuran berikutan pelaksanaan GST
pada bulan April.
Subromaniam
berkata GST sebanyak enam peratus akan dikutip terlebih dahulu, iaitu ketika
pelanggan membayar deposit atau bayaran pertama bagi barangan yang dibeli. Kebimbangan rakyat daripada bayaran bulanan
yang lebih tinggi adalah tidak tepat sebaliknya, mereka mungkin mendapati
bayaran yang dikenakan berkurangan selepas GST diperkenalkan. “Peniaga dan peruncit akan dapat menuntut
cukai input mereka … jadi mereka perlu berkongsi penjimatan kos yang sudah
mereka peroleh bersama pelanggan mereka dengan menjual barangan pada harga
lebih murah,” katanya kepada Bernama.
Untuk
menggambarkan hal itu, beliau berkata di bawah rejim Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) 10 peratus yang dikenakan pada masa ini, pengeluar
televisyen mungkin menetapkan harga produk di RM2,200 termasuk SST RM200. Pengilang akan menjual set TV untuk peruncit
pada RM2,200. Dengan mengandaikan keuntungan peruncit adalah RM200, maka harga
akhir setiap set TV ialah RM2,400. Sebaliknya,
di bawah GST, harga pengeluar akan menjadi RM2,120, yang merangkumi enam
peratus GST sebanyak RM120. Akan tetapi
disebabkan peruncit boleh membuat tuntutan balik GST, kos beliau masih RM2,000.
Jadi, termasuk keuntungan sebanyak RM200 dan GST sebanyak RM132, yang pelanggan
perlu membayar, harga akhir ialah RM2,332.
“Cuba bandingkan harga … di bawah SST, TV berharga RM2,400 dan di bawah
GST, pada RM2,332. Jadi, yang mana lebih murah?” tegasnya.
Justeru itu,
katanya tiada cara pengguna akan dikehendaki membayar ansuran lebih tinggi
untuk barangan rumah yang dibeli melalui skim fleksibel kredit selepas
pelaksanaan GST. Mengikut Panduan GST Jabatan Kastam Bagi Kredit
Cukai Input, cukai input merujuk kepada GST yang ditanggung pemilik perniagaan atas
apa-apa pembelian atau pemerolehan barangan dan perkhidmatan, dan mereka
dibenarkan untuk “menuntut sebagai kredit atas pembelian yang menjadi input
kepada perniagaan”.
Pengerusi Institut
Percukaian Berkanun Malaysia (CTIM) SM Thanneermalai berkata pengguna tidak
perlu bimbang mengenai harga perabot dan peralatan elektrik akan meningkat
selepas GST.
“Sama ada mereka
membeli dengan tunai atau secara ansuran, GST perlu dibayar terlebih dahulu dan
tidak ada cukai tambahan akan dikenakan ke atas bayaran bulanan,” katanya. –
BERNAMA
Sarah ingin membeli sebuah peti ais baru
secara sewa beli. Dia membuat bayaran deposit sebanyak RM300 dan bayaran
selebihnya diselesaikan secara ansuran dalam tempoh 5 bulan. Pada bulan
berikutnya, Sarah membayar sebanyak RM350. Untuk bulan yang seterusnya, Sarah
membayar sebanyak RM400. Dengan
mengambil kira corak pembayaran Sarah, berapakah sebenarnya kos peti ais yang
dibeli?
Cetus Minda - Rackham Auditorium
Rackham Auditorium merupakan
satu tapak yang penting di University of Michigan. Sejak 60 tahun pembukaannya,
banyak kuliah penting, simposium akademik, dan kertas ilmiah dibentangkan di
auditorium ini yang juga menjadi pusat
persembahan muzik bagi penduduk setempat.
Horace
H. Rackham merupakan seorang peguam dari Detroit, Michigan. Apabila beliau meninggal
dunia pada tahun 1933, dia mewasiatkan dana untuk pembinaan Horace H. Rackham
Graduate School yang menempatkan Auditorium Rackham, dengan tambahan USD 4 juta
bagi pembangunan pengajian siswazah. Kemurahan hati Rackham dikagumi kerana beliau
mahupun isterinya tidak pernah belajar di universiti ini.
Direka
dengan gaya klasik oleh arkitek William Kapp dari firma Detroit Smith, Hinchman
& Grylls, Bangunan Rackham dianggap sebagai salah satu bangunan bersejarah
di kampus. Bahagian dalam Auditorium Rackham dihias mewah, dengan tempat duduk yang
cantik dan selesa dengan siling dedaunan keemasan.
Anda merupakan seorang pengusaha yang
mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kerusi bagi auditorium. Seorang pengurus
auditorium telah menawarkan kepada anda untuk membuat kerusi baru bagi menukar
kerusi sedia ada yang telah lusuh di suatu auditorium. Walaubagaimanapun,
pengurus tersebut tidak memberitahu jumlah sebenar kerusi yang perlu dibuat.
Dia hanya memberitahu bahawa baris pertama auditorium tersebut terdiri daripada
24 kerusi, baris kedua terdiri daripada 30 kerusi, baris ketiga terdiri
daripada 36 kerusi dan begitulah seterusnya sehingga baris keenam belas.
Dapatkah anda cari jumlah kerusi yang perlu dibuat?
Rujukan: http://www.music.umich.edu/about/facilities/central_campus/rackham/index.htm
Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan-persoalan di atas
Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.
Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda.



